Friday 2 December 2016

Sesungguhnya kita telah menzalimi diri sendiri dalam banyak perkara

‘Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang merugi.” (Al-A’raf: 7: 23)

Thursday 11 June 2015

Doa Nabi Sulaiman

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ
صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

'Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada ke dua orang ibu dan bapakku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." (QS. an-Naml: 18-19)

ROBBI AUZI'NII AN ASYKURO NI'MATAL LATII AN'AMTA 'ALAYYA WA 'ALLA WAALIDAYYA WA AN' A'MALA SHOOLIHAN TARDHOOHU WA ADKHILNII BIROHMATIKA FII 'IBAADIKASH SHOOLIHIIN 

Thursday 19 February 2015

Cuti semester yang sangat tenang


Cuti aku bermula 20 / 1 / 15 dan aku pulang bersama bapa saudara dan maksaudara ku yang kebetulan datang ke Bangi kerana ada kursus. Sebelum balik aku tidur di rumah kakak ku dahulu di Gombak sebelum meneruskan perjalanan balik ke kota bharu.

Pagi itu 21 / 1 / 15 setelah bersarapan kami bersiap dan meneruskan perjalanan balik ke kg. Pada pertengahan perjalanan kami berehat sebentar di r&r gua musang.

Kira2 dalam pukul 3 kami sampi di kg.. Alhamdulillah..

Sangat jelas kesan banjir yang menimpa penduduk di pantai timur. Kesannya pada rumah aku boleh dilihat dengan lumpur dan selut yang termendap.
Dan kerja aku adalah untuk membersihkan rumah lama kami.

Kerja aku hari2 kt kg ni adalah tidur, makan, cuci rumah sikit, dan malam main gym. Itu jelah yang aku mampu..huhu dan aku jarang sangat keluar rumah sekarang.

Pagi itu sangat cerah dan cemerlang aku yang baru bangun #bangunlambat dalam pukul 11 pg terus pg ke rumah lama #sebelah untuk cuci selut dan kesan banjir. Terlihat emak dan ayah ku sedang buat kerja juga pagi 2..
Tiba2 terdengar panggilan talifon..emak aku mengangkat dan menerima berita keluarga abang aku kemalangan dan aku dan ibu terus bergegas ke husm untuk mendapatkan berita dan melawat mereka.

Alhamdulillah setelah seminggu berada di husm semua keluarga abang aku dibenarkan balik dan berehat dirumah.

Rutin harian aku seperti biasa.. Relex dan tenang..

Perginya tokoh pemimpin dan ulama ulung Tok Guru Nik Aziz pada malam Jumaat. Jadi aku pada pagi esoknya bersama amirul,azam, aqran dan syukri pergi mengiringi sembahyang jenazah Tuan Guru. Ribuan manusia yang hadir satu suasana yang jarang2 berlaku. Setelah itu kami berehat dan makan di satu warung sebelum ke masjid kubang kerian untuk solat Jumaat.

Alhamdulillah untuk segala-galanya.. Kini baki cuti semester aku hanya tinggal 2 hari sahaja lagi.
InsyaAllah semoga dipermudahkan segalanya

Esok nak beli barang2 sikit buat balik ukm.. ;)


Sunday 18 January 2015

Januari 2015

SubhanaAllah..

Alhamdulillah bulan ini diawali dgn exam bagi sem 1 tahun 4. Minggu yang xsibuk tetapi bnyk perlu cover study. Dan pada 22 hri blan 1 ni aqu akan meninggalkan UKM utk balik bercuti di kg selama lebih kurang sebulan. So hari ini 19.1.2015 waktu nya aqu tulis n update blog ni.. Td bru selesai makan dgn joe. Aqu tumpang bilik dia. Ptg ni mak ngah aqu akan smpi di stesen bas kajang dan aqh akan jemput dia. Dia ada kursus di ILKAP.

Aqu xsuka tulis berjela2. Cukup lah karangan taste less mcm ni. Xsuka ayat bunga2. Bukan nk jawab exam kot. So skrg aqu nak rehat dan jap lagi insyaAllah nk jogging kejap.

Nanti ada masa berkelapangan aqu akan update balik. Something about future n pengalaman serta ilmu yg aqu dapat sblm ni. Dan mungkin juga perasaan? Okey bye!

Konklusi 2014

Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat Nya..

Lama sangat xupdate blog.. Sangat lama hampir setahun lamanya.. Tahun 2014 meninggalkan banyak memori yang beraneka ragam..

Antaranya secara officialnya aqu berhenti dari sukan berbasikal. Latihan yg xkonsisten, jadual klas yg padat dan perfomance yg semakin menurun menyebabkan aqu perlu berhenti dari sukan ini. Mungkin untuk seketika?
Jadi aqu dah xduduk di msn dan sepenuh masa belajar n tinggal di ukm. Apa pun aqu sngt merindui sukan ini.

Aqu start main gym masa cuti sem bila balik kg. Tiap2 malam kecuali jumaat akan trening di Pakaq Gomo WCY. Aku, miro n mustakim start slow2 main gym. Dan lately diorg da banyak progression dan peningkatan. Great.

Kena denggi sekeluarga. Penghujung bulan puasa serangan denggi menjadi-jadi. Hampir satu keluarga aqu kena denggi. Tp Alhamdulillah hamdulillah tiada perkara yang xdiingini berlaku. SubhanaAllah. Raya. Then smbg balik study.

Langkawi. Kem langkawi bakal belangsung pada awal bulan 11. So bnyk persediaan yg perlu dilaksanakan n aku sbgi ajk kecergasan. Kem perkemahan agung langkawi xmungkim dilupakan.

Banjir. Mungkin banjir terbesar di Malaysia barat terutama di pantai timur. Rumah aqu pn air masuk. Banjir yg sngt2 besar dan dasyat hingga rumah2 dan harta benda hanyut. SubhanaAllah.

Exam. Xde masaalah kecuali for kinesiology. Nk kena kira insaf woiii.
Semoga dpt result yg sngt baik dan tinggi. Hopefully.

Konklusi. Tahun 2014 aku banyak rehat dan relax. Xbanyak aktiviti kecergaaan sebab officially berhenti basikal pn dh hantar balik. Tahun yg banyk mengajarku kesabaran, keikhlasan dan bnyk lagi. Semoga tahun 2015 akan jadi lebih baik dari semua aspek JERIS.

Sunday 26 January 2014

Kejayaan Seseorang Pada Saat Ini

Harga Sebuah Kejayaan

Kejayaan bukanlah sesuatu yang boleh diperoleh dengan mudah
Kejayaan tidak datang sekelip mata
Kejayaan sukar diperoleh oleh orang yang mengalah

Kejayaan memerlukan kesabaran
Kejayaan memerlukan kesungguhan
Kejayaan tidak mengenal erti malu dan tomahan orang lain
Kejayaan memerlukan masa
Kejayaan memerlukan keberkatan
Kejayaan diperoleh dengan susah payah tanpa rasa jemu

Hanya orang yang berjaya akan berjaya
Berjaya mendidik diri
Berjaya mengharungi onak dan duri
Berjaya menempuhi ketebalan dunia dan kehalusan kehidupan
Berjayalah mereka
Mereka yang berjaya

Alangkah indahnya
Mendapatkan kejayaan
Tidak dapat digambarkan
Pasti diingati sampai bila-bila

Namun kejayaan sebenar jua adalah disana..
Semoga beroleh kedua-duanya


-Jalie-

Saturday 18 January 2014

Im feels so bored lately..

Kebosanan melanda.. Dan aku tahu apa penyebabnya.. Hewhew
First aqu dh lama xkayuh.. Lama xrasa badan ni berpeluh, penat, struggling and kelelahan. Hee
Second, minggu study week yg lama plus exam gap sampai 9 hari.. Ohh damm!
Third, xde org dlm bilik slalunye bilik penuh 6 org.. Skrg ni jarg2 ade org... Masing2 bwak haluan masing2..
Fourth, mkin transmission kpd tahun baru n aqu pn semakin meningkat usia.. Bnyk berfikir sal msa dpn.. #konon
Fifth, diri masih belum memiliki insan istimewa?? Haharhar
Sixth, everything keep changing.. We can't stopped it..

Namun di sebalik itu,
Bnyk kta bleh belajar antaranya..
Menghargai erti kepentingan masa
Menghargai erti persahabatan
Kembali merenung diri sejauh mana telah melaksanakan kewajipan terhadap Nya
Memperbaiki diri
Menyedari yang kita tidak mampu untuk hidup sendirian di dunia ini..
Masa untuk memperbaiki hati, jiwa dan pemikiran dari kekotoran dunia dgan belajar ilmu agama.. N bnyk lagi yg kita tidak sedari..
Semoga segala urusan kita di atas dunia yang sementara ini sentiasa dirahmati dan direstui oleh Nya.. InsyaAllah~ :)