Sebagai presiden kelab berbasikal aqu dijemput untuk menghadiri kem kepimpinan pada 16-11-2011 hingga 18-11-2011 di Tanah Aina Pahang.Kem ini disertai oleh semua presiden dan naib presiden setia kelab,iaitu seramai 61 orang kesemuanya.Naib presiden kepada kelab berbasikal ialah, kak farhana iaitu pelajar tahun kedua di UKM.
Keindahan alam tidak dapat digambarkan setelah mula menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk pergi ke tempat penginapan sejauh satu kilometer.Jalan ini tidak mungkin dapat dilalui oleh kereta biasa kerana jalannya yang becak dan berbukit bukau.Aku dan lima rakan lain menaiki kereta pembawa beg iaitu seperti kereta pembawa sawit, menambahkan lagi adventure dan keindahan yang dapat dinikmati.
"sungguh indah tempat ini,rasa macam taknak balik ukm dah" kecantikan senibina dan dekoratif yang digabungkan dengan alam sekitar yang belum tercemar begitu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Kami mendapatkan kemah masing-masing yang hanya beberepa meter sahaja bersebelahan dengan air terjun."uish nyaman btol"
"kemah ada katil?"huhu
Antara makanan yang disediakan disana :)
![]() |
| Sarapan pagi |
![]() |
| BBQ malam |
![]() |
| antara buah yang terdapat di dusun Tanah Aina |
Seterusnya kami berkumpul di dewan terbuka untuk sedikit taklimat, kehadiran dan pemeriksaan kesihatan. Kem ini dikendalikan oleh "equal fitness" juga sebagai sponsor kepada kelab lumba basikal LeTua Malaysia.
![]() |
| Pakar motivasi EqualFittness di sana |
![]() |
| Pn Seri Farah Soraya(Aina) |
Pemilik Tanah Aina,iaitu Pn Seri Aina mengalu-alukan kedatangan kami kesana.Pada pemerhatian ku Pn Seri ini memang kaya kerana melihat kepada resort ini dan hotel-hotel lain kepunyaan beliau sudah cukup menggambarkan bahawa beliau merupakan jutawan.
Kem berjalan seperti biasa iaitu sedikit ceramah tentang kesihatan dan keseimbangan Emosi,mental,jasmani, dan spiritual, serta diteruskan dengan program mencabar dinanti-nantikan antaranya ialah Flaying Fox. "First time aku cuba benda ni, best sangat tp rasa mcam sekejap je! ^_^"
Hari kedua dimulakan dengan aktiviti yang menguji keberanian seseorang sesuai dengan motif kem ini, perjalanan memakan masa lebih kurang 30minit untuk ketempat melakukan terjunan setinggi 6 meter. Kami perlu meredah hutan,air dan sedikit pendakian di tepi kaki bukit sebelum sampai.. Setiap pelajar diuji keberanian untuk terjun dan semuanya berjaya melakukan terjunan tampa sebarang masaalah lain,Alhamdulillah...
Kem yang paling RElexs yang pernah aku sertai,begitu flexsible dan tidak ada tekanan."terbaik lah"wahuuuuuuoooo!!!!
Hari ketiga(terakhir kem), pagi ku dimulakan dengan melihat matahari terbit dengan mendaki ke puncak bukit bersebelahan dengan penginapan kitorang.Snap-snap sdikit gambar bersama gg(azizi) rakan sekemah berlatar belakangkan ciptaan Tuhan yang berguna kepada manusia ohh Matahari!! Begitu nyaman sekali udara yang dihirup pada pagi ini terasa penuh dada ini dipenuhi dengan oksigen....emm tp terganggu sedikit dengan kehadiran agas yang mengerumuni ku ^_*!,..huhhh adui..
![]() |
| Kemah yang disediakan |
![]() |
| waiting for sun shine!^_^ |
Pulang dengan seribu kenangan dan ketenanagan. "Tanah Aina we all will be missed U". Semua ilmu yang diperolehi di sana Insyaallah akan diraktikkan dan di zahirkan dalam kehidupan ku sebangai seorang mahasiswa. Kenangan ini akan aku simpan hingga ke akhir hayat."Thank You ALLAH" Byeeee!!!













No comments:
Post a Comment