Tuesday, 4 June 2013

Alhamdulillah... Sedikit bingkisan perjalanan dari bulan januari hingga jun...

Alhamdulillah...

Perjalanan ku dari bulan januari hinggan sekarang iaitu Jun banyak memberikan aku pengalam serta ilmu yang sangat berguna.Semoga hari-hari yang mendatang dapatku jalani dengan penuh pengabdian kepada Allah SWT.

Apa yang dapat aku simpulkan selama 6 bulan sebelum ini ialah ucapan syukur yang tidak terhingga kepada Dia, yang Maha Pemurah lagi Penyayang kerana memberi aku nikmar dan membenarkan aku berjalan di atas muka bumi ini lagi.Kelas ku berjalan seperti biasa, begitu juga sesi latihan aku.Walaupun agak sibuk namun aku perlu terus bersabar dan berusaha dalam mengejar cita-cita dan impian ku.

Secara puratanya latihan aku ialah 4 kali seminggu manakala kelas ialah 3hari seminggu(5 kelas).
Sama seperti tahun-tahun yang lepas, motosikal adalah pengankutan utama, highway ku harungi dengan munajat pada Nya.Alhamudillah pelajaran aku stakat ini baik dan risult semakin meningkat, namun aku tahu aku perlu berusaha lagi kerana pencapaian belum memeuaskan lagi. huhu

Karier sukan aku tetap diteruskan semenjak 6 tahun lepas lagi, satu jangka masa yang agak lama namu kini pencapiaan aku agak tidak memuaskan. Sudah lama aku menagih kemenangan dalam pelumbaan-pelumbaan yang aku sertai tetapi belum mampu melihat kilauan emas berada dalam dakapanku. Aku akan tetap berusaha sehingga aku berjaya dalam kedua-dua karier aku. InsyaAllah.
Ingin aku akhiri tahun 2013 ini dengan suatu kemenangan dan kejayaan yang membanggakan.

Antara perlumbaan yang disertai dalam 6 bulan setakat ini ialah
1. OCBC Malaysia Race di KLCC -Perlumbaan kriterium
2. Shah Alam Cup-criterium
3.Grad Prix Johor-Road race
4.Piala Gabenor Melaka-Road Race (lap circuit)
5.Ocbc Singapore -criterium
6.Piala Raja Perlis -Road race dan Creterium
7. 1st south east asian GP 2013

              

Dan banyak lagi perlumbaan yang bakal menyusur selepas ini....


kesimpulan  dalam perlumbaan diatas ialah aku masih tidak cukup trening dan kurang semangat untuk menang serta perlu pandai dalam tektik2 pelumbaan.Kemahuan dan kehendak aku tidak sepadan dengan keupayaan aku maksuknya tahap kecergasan masih kurang.

Peristiwa/acara akan datang??

antaranya ialah;
-Exam
-GP trak
-Malaysia Champ
-Jelajah Malayisa
-puasa Ramadhan
-Traning camp KungMeng China
Dll..

Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan cemerlang...
InsyaAllah.. :)



No comments:

Post a Comment