Alhamdulillah...
Pada petang selasa yang senggang ini, terasa ingin membuat sedikit coretan dan perkongsian bersama korang..
Sambil berehat dan baring-baring atas katil di dalam bilik ni nak jugak berkongsi serba sedikit cerita perjalanan aku seminggu dua ni...
Balik dari kampung beraya tempoh hari terasa masih dekat dengan aku. Kenangan aktiviti kem kepimpinan sukan dan rekreasi juga masih segar dalam ingatan dan tersemat rapi dalam hati sanubari.
Hari-hari perkuliahan terus berjalan seperti biasa mengikut jadualnya.. Aku pula tetap meneruskan rutin harian sebagai seorang hamba Allah SWT di dunia ini semoga sentiasa di terima oleh Nya jua diampunkan oleh Nya..
Hari ini selasa 1/10/12 , minggu ke-3 sesi kuliah. Sebelum ke kelas aku aku terlebih dahulu menjalani latihan bersama atlet pelapis dan paralimpik bermula pada pukul 7.30 pg menghala ke Putrajaya. Bangunnya aku pada pagi ini agak terlewat sedang matahari sudah mula menyinari alam sebelah nusantara ketika itu antara pukul 7.15 pagi.
Dengan pantas aku mempersiapkan diri, sembahyang subuh dan terus membawa basikal ku ke bawah untuk berkumpul menjalani sesi latihan.
Terasa ringan dan mudah perjalanan pada pagi ini
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Habis selesai latihan yang agak singkat itu aku mandi dan mempersiapkan diri untuk ke kelas.. Tepat pukul 9.30 terus membawa diri ke UKM menghadiri pegkuliahan di GM 1 oleh Dr. Tajul kursus Kekuatan Mental.. Hurmn hebat bunyinya..
Habis perkuliahan yang mantap tersebut aku bersama rakan-rakan seperjuangan terus ke kafe (K'TAMS).
Seterusnya aku pulang Msn penginapanku selama ini.. Berehat dan berfikir, berlatih dan berkarya dengan cara aku sendiri.
Semoga pencarian dan perjalanan aku ini menemui takdirku dalam keredaan Nya. Juga semoga segalanya dipermudahkan oleh Nya. InsyaAllah..
Semoga pencarian dan perjalanan aku ini menemui takdirku dalam keredaan Nya. Juga semoga segalanya dipermudahkan oleh Nya. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment