Thursday, 19 February 2015

Cuti semester yang sangat tenang


Cuti aku bermula 20 / 1 / 15 dan aku pulang bersama bapa saudara dan maksaudara ku yang kebetulan datang ke Bangi kerana ada kursus. Sebelum balik aku tidur di rumah kakak ku dahulu di Gombak sebelum meneruskan perjalanan balik ke kota bharu.

Pagi itu 21 / 1 / 15 setelah bersarapan kami bersiap dan meneruskan perjalanan balik ke kg. Pada pertengahan perjalanan kami berehat sebentar di r&r gua musang.

Kira2 dalam pukul 3 kami sampi di kg.. Alhamdulillah..

Sangat jelas kesan banjir yang menimpa penduduk di pantai timur. Kesannya pada rumah aku boleh dilihat dengan lumpur dan selut yang termendap.
Dan kerja aku adalah untuk membersihkan rumah lama kami.

Kerja aku hari2 kt kg ni adalah tidur, makan, cuci rumah sikit, dan malam main gym. Itu jelah yang aku mampu..huhu dan aku jarang sangat keluar rumah sekarang.

Pagi itu sangat cerah dan cemerlang aku yang baru bangun #bangunlambat dalam pukul 11 pg terus pg ke rumah lama #sebelah untuk cuci selut dan kesan banjir. Terlihat emak dan ayah ku sedang buat kerja juga pagi 2..
Tiba2 terdengar panggilan talifon..emak aku mengangkat dan menerima berita keluarga abang aku kemalangan dan aku dan ibu terus bergegas ke husm untuk mendapatkan berita dan melawat mereka.

Alhamdulillah setelah seminggu berada di husm semua keluarga abang aku dibenarkan balik dan berehat dirumah.

Rutin harian aku seperti biasa.. Relex dan tenang..

Perginya tokoh pemimpin dan ulama ulung Tok Guru Nik Aziz pada malam Jumaat. Jadi aku pada pagi esoknya bersama amirul,azam, aqran dan syukri pergi mengiringi sembahyang jenazah Tuan Guru. Ribuan manusia yang hadir satu suasana yang jarang2 berlaku. Setelah itu kami berehat dan makan di satu warung sebelum ke masjid kubang kerian untuk solat Jumaat.

Alhamdulillah untuk segala-galanya.. Kini baki cuti semester aku hanya tinggal 2 hari sahaja lagi.
InsyaAllah semoga dipermudahkan segalanya

Esok nak beli barang2 sikit buat balik ukm.. ;)


No comments:

Post a Comment