lebih suka menggunakan ayat-ayat novelis dalam sesuatu penulisan sebagai contoh blog diri ku ini,supaya tidak terbawa-bawa dalam penulisan pengajian ku.
SUDAH empat minggu berada di UKM, banyak perkara yang aku telah belajar dan banyak lagi perkara yang ingin aku pelajari disini.Pengalaman belajar di sekolah dengan universiti amat berbeza,disini jadual lebih releks dan lebih fleksible. Aqu berkongsi bilik dgn roomate ku Aizat,dia berasal dari kuala Lumpur dan berumur 22 iaitu dua tahun makan garam terlebih dulu berbanding aku... kami selalu berkongsi pandangan dan pengalaman masing, memandangkan dia sangat terbuka dan mungkin kami mempunyai sedikit sebanyak persamaan personaliti.Selama berada disini telah ramai kenalan dan rakan yang aqu dapat, dan keseluruhannya baik-baik dan tak mementingkan diri.
Dalam seminggu hanya empat hari sahaja aku tidur di UKM, selebihnya aku tidur di Majlis Sukan Negara(MSN) Bukit Jalil, kerana menjalani latihan berbasikal bersama rakan sepasukan yang lain...
Sejak kebelakangan ini terasa begitu cepat masa yang berlalu, jika dibandingkan sebelum ini, mungkin kesibukan kerja mempengaruhi masa yang aku lalui, tetapi aku sangat bersyukur masa yang Tuhan berikan kepada diri ini tidak di sia-siakan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.Latihan buat masa sekarang sangat bagus dan berkualiti, senggangan masa yang aku dapat dari aktiviti pembelajaran memberikan badan ini lebih peluang untuk berehat dan recovery berbanding sewaktu full time trening dulu.Semoga aku dapat follow up antara kerjaya dan pelajaran ku ini dengan keberkatan dan redha Nya.
Setakat inilah dulu coretan ku pada malam ini, semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan Nya.Jaga solat, jaga hubungan dengan manusia, InsyaAllah kita akan berjaya!!!:)
nite all....ZzzZzzZzOooOO^0^
spe ni???IDOLa???
heeee^_^


No comments:
Post a Comment