Saturday, 15 October 2011

Interaksi Perdana 2011"kito anok beghanok"



Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim atau lebih dikenali sebagai Persatuan Anak-anak Kelantan telah Mengadakan Majlis Interaksi Perdana semalam, pada 14 oktober 2011di dewan fakulti UKM.Aku antara salah seorang peserta yang menghadiri program ini....


Aku mendapat pesanan ringkas dari nombor yang tidak diketahui"malam ini 8pm-10pm ada majlis interaksi perdana dijemput semua anok berghanok, jamuan disediakan...." dalam fikiran ku bermain nak pegi ka tak nak, kalau pegi alamat kena tido kat Ukm la malam ni...
akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi... selepas menunaikan solat magrib dekat surau kolej kediaman ku Aminudin Baki, aqu terus memulakan langkah kesana, dengan motor baru ku Legenda 125cc menghala ke dewan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan...
Setibanya disana aku disapa oleh seorang abang ...."Assalamualaikum... demo dari fakulti mano?nih saing skit kat namo demo ni....ambik kad id,ambik nombor cabute bertuoh nga sedikit cenderahati neh,pah masuk la dale dewe..." 
Sedikit-sebanyak aku dan peserta lain diberikan pengenalan dan penerangan mengenai program pada malam ini,.. dalam diam perut sudah lapar,maklumlah belum makan dari pagi lagi... seterusnya tibalah giliran Individu penting yang baru ku kenali iaitu Emeritus Prof Dato' Dr 
Abdul Latiff Mhammad.Beliau memulakan ucapan dengan tenang dan agak ceria sesuai dengan umur beliau 60lebih tetapi masih sihat dan cergas...




Banyak pengalaman yang beliau kongsikan bersama kami semua memandangkan beliau merupakan tokoh dan makan garam terlebih dahulu berbanding kami semua ucapan beliau dapat dijadikan iktibar dan perangsang kepada diri ku untuk lebih maju kehadapan dalam pembelajaran dan hidup. "jangan tunggu tahun depan baru nak belajar sungguh-sungguh, jangan tunggu semester depan baru nk belajar.."kamu semua kena terus berusaha dari sekarang untuk belajar....saya dulu makan nasik dengan budu campur nyior kelapa ja, boleh jadi 
orang jugak" antara ucapan humble beliau....
Beliau berasal dari Parang Puting,kelantan dan sekarang bersama keluarga menetap di Kuala Lumpur,merupakan anak sulung dari empat orang adik-beradik...sebelum melanjutkan pelajaran ke England dalam BA dan PHD merupakan bekas seorang guru di negeri kelahiran sendiri Kota Bharu kelantan. Sebelum menjadi seorang guru beliau terlebih dahulu melanjutkan pelajaran ke UM dalam bidang sains.
"setakat ni saya tak pernah sakit,...pagi saya minum air panas dan sedikit kuih, petang makan tosei air kosong baru seringgit seposen,dan malam tengok la apa yang ada kat rumah..."saya tak makan nasi"
melihat kepada tubuh beliau juga masih sihat dan kuat walaupun hampir menjangkau 70an.
Beliau sangat komited dan disiplin dalam tugas dan tanggung jawab kalau tidak mana mungkin beliau akan menjadi seperti mana sekarang... Antara nasihat Prof ialah, beliau menasihati kami supaya rajin membaca buku, terutama novel...selain itu, carilah seseorang untuk dijadikan idola iaitu tokoh-tokoh ilmuan,bukan artis.... seterusnya kita hendaklah menghargai bahasa melayu,tetapi tidak lupa untuk mempelajari bahasa Inggeris, dan kalau boleh mencari bahasa ketiga iaitu mana-mana bahasa  seperti Arab, Prancis, Jerman dan China.Beliau juga menekankan kami supaya sentiasa membantu orang lain baik dari segi tenaga,masa dan wang, juga supaya kita mendermakan harta supaya menjadi bekalan dan saham untuk akhirat."semakin banyak kita memberi, semakin banyakTuhan tambah rezki kita baik ari segi harta mahupun kesihatan" "Kita mesti mempunyai prinsip keadilan dalam setiap perkara tampa mengira bangsa, dan taraf kedudukan...."cth Walaupun kita sayang dan nak orang negeri sendiri maju membangun tetapi kita tidak boleh ketepikan orang lain tampa mengira warna kulit" beliau juga ada mengatakan banyak ketidak adilan yang berlaku kepada rakyat kelantan.
Beliau mengakhiri ucapan dengan selamat maju jaya kepada Anok Beghanok Kelate, semoga perjuangan anda bukan setakat Degree, MA, BA atau Phd malah berterusan hingga ke akhir hayat demi Agama, Bangsa dan Negara.Peluang hanya datang sekali.


Tamat sudah Program Ini,
dengan itu beliau merasmikan majlis pada malam ini.kami dijemput untuk mennikmati sedikit makanan yang disediakan.Aku berasa bertuah kerana dapat mengenali seorang yang banyak berjasa dalam melahirkan insan-insan yang berguna iaitu Prof Dato' Dr. Abdul Latiff Mohammad.Semoga beliau dipanjangkan umur dan sihat sentiasa.Tidak lupa juga kepada saff pimpinan perdana dalam menjayakan program ini.Juga kepada kedua IbuBapa ku yang disayangi dan dikasihi jasa mu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang mahupun dunia ini.
Selawat serta Salam keatas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta Keluarga Baginda.

No comments:

Post a Comment