Tepat pukul 5.30 kedengaran bunyi alarm dari henset, mengejutkan buaian mimpi ku yang sudah jauh entah kemana… perlahan aqu bangun dengan lafaz Allahuakbar menuju ke suiz lampu…. Terang lampu menyilaukan sedikit penglihatan.dengan malas mencapai tuala terus ke tandas untuk mandi dan kesiapan diri.
Selesai menunaikan solat subuh, aqu turun ke cafe seorang diri untuk sedikit sarapan.Kawan-kawan ku yang lain mungkin masih tidur so sorang-sorang la breakfast.Choco crunch satu mangkuk,air milo panas segelas dan nasi goreng sepinggan antara sarapan pagi ku sebelum sebelum mengharungi perlumbaan pada hari ini di Dataran Merdeka.
Setelah bersiap dan legkap dengan jersi,glove,kasut dan paling penting helmet, pasukan kami bersama atlit basikal pelapis serantau berkayuh ke starting point, Dataran Merdeka dalam pukul 11 pagi iaitu sebagai pemanasan atau worming up,sebelum pushing to the maximum heart rate sebentar lagi.
Setibanya disana, bahang suasana perlumbaan makin terasa, kami menuju ke kaunter untuk mendaftar dan mendapatkan nombor badan.
Bersedia di garisan permulan, cara perlumbaan pada kali ini ialah bermula dengan perlumbaan selama 90minit dan selepas itu menghabiskan baki sebanyak 20 pusingan .Setiap satu pusingan bersamaan dengan 1.2km.Kami berlumba sepenuh hati…..
Akhirnya setelah mengharungi pusingan terakhir, aku dan rakan-rakan serta pencabar paling kuat iaitu Team Terengganu Pro Asia melakukan henjutan terakhir sebelum melepasi garisan penamat.Semua kudrat dan willpower yang ada dikerah untuk melakukan ledakan terakhir.Aku mendapat tempat yang keempat,iaitu di belakang Anuar Manan ketiga,Zamri Salleh kedua, dan pertama Hariff Salleh.
![]() |
| Mana saya??no empat la....tak masuk dalam gambar ni.... |
Agak memuaskan pencapaian ku pada perlumbaan pada hari ini, pulang dengan ceria bersama dengan sedikit wang tunai RM300,dan rakan-rakan lain juga mendapat sedikit cash money dicampur dan dibahagi, so dapat la RM50 sorang….”okeyh jom ke salak selatan, sup ayam kerangka” pegilah malam tu empat orang naik moto...aku,nik,seh dan nabil....:)
![]() |
| Kuat betol otai2 kita sprint...Mamat,Zamri n Anuar Manan... |
| permulaan yang baik walaupun sekadar kedudukan ke empat.... |
Okey, setakat ini sahaja coretan saya...nanti bila ada race lain saya akan updated k...
Bye!!!Assalamualaikum....
[fighter spirit]....@_*
:P
Bye!!!Assalamualaikum....
[fighter spirit]....@_*
:P



No comments:
Post a Comment